Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
berita sukan

Berita Terkini

← Back to list

Badminton Terbuka Artik: 2 beregu negara ke final

Oct 12, 2025


2 beregu negara berjaya melangkah ke final Kejohanan Badminton Terbuka Artik. 

Pearly Tan-M Thinaah mara selepas beregu wanita utama negara itu tumpaskan pasangan Taiwan.  

Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula tempah tiket ke final selepas tewaskan lawan dari Thailand dengan straight set. 

Tonton secara langsung Terbuka Artik di ASTRO bermula 4 petang ini di saluran 815 dan aplikasi Sooka. 

---

Erling Haaland cemerlang meledakkan hatrik untuk raih jaringan ke-50 di pentas antarabangsa ketika Norway berpesta gol tewaskan Israel 5-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia, awal pagi tadi. 

Ia sekali gus mengekalkan rekod sempurna Norway dalam Kumpulan I dengan 6 kemenangan daripada 6 perlawanan untuk selesa di tangga teratas.  

Iraq pula mengekalkan peluang untuk kembali beraksi di pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak 1986 selepas tewaskan Indonesia 1-0 sekaligus meranapkan impian Indonesia untuk beraksi di temasya berprestij itu. 

Aksi lain berkesudahan Sepanyol kalahkan Georgia 2-0, Turkiye belasah Bulgaria 6-1 dan Itali atasi Estonia 3-1. 

---  

Skuad Kedah FA kekalkan rekod tanpa kalah musim ini apabila tewaskan Kedah Darul Aman FC 1-0 pada saingan Liga A1 malam tadi. 

--- 

Pasukan hoki Terengganu pertahan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak 2025 selepas tumpaskan Pahang 4-2 dalam aksi final di Bukit Jalil.  

Saingan wanita pula menyaksikan Young Tigress pertahan kejuaraan setelah tewaskan Selangor 3-1 menerusi penentuan penalti ekoran terikat tanpa jaringan dalam masa sebenar. 


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm

Sabtu - Ahad

8am, 10am, 12 pm

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
Ads With Us Ads With Us Ads With Us