Berita Terkini
← Back to list
Pearly Tan-M Thinaah ke Separuh Akhir
Sep 13, 2024
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah atasi gandingan Indonesia untuk mara ke separuh akhir Badminton Terbuka Hong Kong.
Mereka dijadualkan menentang pilihan pertama kejohanan dari Korea Selatan esok.
Sementara itu beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun kandas selepas tumpas kepada pasangan Indonesia.
3 lagi wakil negara akan turut beraksi hari ini dan anda boleh menontonnya secara langsung di Saluran Astro Supersport 814.
---
Soh Wooi Yik memaklumkan dia kini 70 peratus pulih dan telah kembali berlatih selepas berehat beberapa minggu akibat kecederaan kaki.
Namun menurut Wooi Yik, dia dan beregunya Aaron Chia tidak akan sertai Badminton Terbuka China kerana masih dalam fasa pemulihan untuk dapat rentak permainan terbaiknya.
---
CEO MFL yang baru, Giorgio Pompili Rossi akui berdepan cabaran besar untuk bawa perubahan ke dalam arena bola sepak Malaysia.
Rossi berkata buat permulaan beliau akan adakan perbincangan dengan organisasi itu dan kelab-kelab agar visi mereka selari.
Beliau juga memaklumkan MFL terbuka untuk menghidupkan semula saingan divisyen 2 atau Liga Premier pada masa akan datang.
Namun jelas beliau, ia tidak dapat direalisasikan musim depan ekoran kesuntukan masa kerana perlu persiapan rapi.
Dalam satu lagi perkembangan, Rossi enggan tabur janji manis untuk selesai segera isu kewangan dan tunggakan gaji yang dihadapi beberapa pasukan Liga M.
Jelas beliau, mustahil ia dapat diselesaikan sekelip mata kerana perlu kajian terperinci dan perbincangan dengan pihak terlibat.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm