Berita Terkini
← Back to list
Lee Zii Jia mara ke suku akhir Terbuka Thailand!
May 16, 2024
Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia kalahkan wakil Korea Selatan untuk mara ke suku akhir kejohanan Badminton Terbuka Thailand.
Manakala seorang lagi perseorangan lelaki, Leong Jun Hao tewas kepada juara dunia, Kunlavut Vitidsarn dalam 3 set.
Ikuti kejohanan badminton Terbuka Thailand secara langsung di Astro Supersport 4, ketika ini.
__
Pasukan Melaka FA dan Sri Pahang FC yang terlibat dalam insiden pergaduhan ketika saingan Piala Belia pada Ahad lepas, telah berdamai.
Malah polis berkata, kedua-dua pihak juga bersetuju menyelesaikan perkara berkenaan secara baik.
Tambahnya sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan insiden itu.
__
Ketua jurulatih Terengganu FC akan menilai terlebih dahulu tahap kecergasan dan kecederaan Akhyar Rashid sebelum dia disenaraikan berdepan Penang FC, Ahad ini.
Tomislav Steinbruckner berkata dia tidak mahu tergesa-gesa bagi memastikan tiada risiko lain berlaku.
Akhyar dilaporkan telah kembali jalani latihan bersama pasukan itu selepas 2 minggu berehat akibat disamun.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm