Berita Terkini
← Back to list
Beregu lelaki negara sandaran emas LA2028
Jun 16, 2025
Beregu lelaki menjadi sandaran negara dalam misi memburu pingat emas sulung pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Menurut Rexy Mainaky, Malaysia mempunyai empat beregu lelaki dalam kelompok 25 terbaik dunia, satu perkembangan yang dianggap positif untuk misi melayakkan dua wakil ke Olimpik.
Namun Pengarah Kejurulatihan Badminton Beregu Negara itu menegaskan pemain perlu sentiasa perbaiki prestasi dari semasa ke semasa ekoran laluan ke sukan berprestij itu masih panjang.
__
Tonggak Sri Pahang, Ibrahim Manusi sah menyarung jersi JDT bagi hadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
Ibrahim beraksi dalam 29 penampilan bersama skuad Tok Gajah selain berjaya mara ke final Piala Malaysia sebelum bergelar naib juara ditewaskan skuad Harimau Selatan.
__
Dan, Muhammad Zafuan Azeman umum berhenti daripada arena bola sepak profesional.
Jelas pemain itu, ia susulan dia mahu mengalihkan fokus terhadap perniagaan kopinya di Kangar.
Untuk rekod, Zafuan pernah mewakili Kedah, Perlis, Kelantan sebelum berkhidmat untuk kelab Thailand, Uthai Thani FC.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm