Berita Terkini
← Back to list
PM letak harapan tinggi kepada kontinjen negara raih emas pertama Olimpik
Jul 18, 2021
Perdana Menteri optimis Malaysia mampu raih emas pertama Olimpik
Perdana Menteri letak harapan tinggi kepada kontinjen negara untuk meraih pingat emas pertama
pada Sukan Olimpik Tokyo.
Tan Sri Muhyiddin Yassin juga yakin kesemua 30 atlet negara yang akan beraksi pada temasya
tersebut akan melakukan yang terbaik dalam usaha meraih pingat.
Beliau juga berharap Datuk Lee Chong Wei selaku ketua kontinjen mampu beri suntikan semangat
kepada atlet.
---
Kontinjen Paralimpik mampu atasi pencapaian Rio 2016
Menteri Belia dan Sukan optimis skuad paralimpik negara mampu pecahkan rekod pingat pada
Sukan Paralimpik Tokyo bulan depan.
Datuk Seri Reezal Merican berkata demikian berdasarkan persiapan dan prestasi atlet negara
untuk mengharungi temasya tersebut.
Pencapaian terbaik kontinjen negara pada Sukan Paralimpik ialah pada 2016 apabila meraih 3
emas dan 1 gangsa di Rio.
---
Kes COVID-19 pertama di perkampungan Olimpik Tokyo
Seorang staf pasukan Olimpik Republik Czech disahkan positif COVID-19 sebaik tiba di Jepun.
Ia merupakan kes positif pertama dikesan di perkampungan Olimpik dengan Sukan Olimpik Tokyo
akan berlangsung kurang seminggu lagi.
Individu berkenaan tidak mengalami sebarang gejala wabak tersebut dan kini dikuarantin di sebuah
hotel.
---
Verstappen raih petak pertama buat kali ke-4 berturut-turut musim ini
Max Verstappen memenangi acara pecut F1 yang julung kali diadakan semalam.
Ia sekaligus menyaksikan pelumba Red Bull itu meraih petak pertama untuk perlumbaan GP Britain
hari ini.
2 pelumba Mercedes, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas masing-masing meraih petak kedua dan
ketiga selepas menamatkan acara tersebut di belakang Verstappen.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm