Berita Terkini
← Back to list
Malaysia Capai Sasaran 200 Pingat Sukan SEA 2025
Dec 18, 2025
Malaysia berjaya capai sasaran 200 pingat pada Sukan SEA Thailand.
Ini selepas pasukan berbasikal persuit lelaki negara rangkul emas pada acara final hari ini.
Sebelum ini, kem berbasikal trek negara sumbang 2 pingat emas menerusi acara final keirin individu lelaki dan final scratch wanita.
Dalam pada itu, skuad bola sepak lelaki bawah 23 tahun negara sedang berdepan Filipina untuk aksi perebutan pingat gangsa.
Ikuti secara langsung liputan Sukan SEA Thailand di Astro saluran 801, 802 dan aplikasi Sooka!
.....
2 wakil badminton Malaysia hampir melayakkan diri ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF.
Mereka ialah beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah dan beregu campuran, Chen Tang Jie – Toh Ee Wei selepas masing-masing raih kemenangan kedua peringkat kumpulan hari ini.
Satu lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat tewas kepada wakil China dalam pertarungan 3 set.
Dua lagi beregu lelaki iaitu Aaron Chia – Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong – Tee Kai Wun akan meneruskan cabaran hari ini.
Saksikan Jelajah Dunia Akhir BWF secara langsung di Astro, saluran 815 dan aplikasi Sooka.
.....
Akhir sekali, Barcelona dilapor berhasrat melanjutkan kontrak jurulatih, Hansi Flick hingga 2028 meskipun dia baru sahaja menandatangani perjanjian sehingga 2027.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm