Berita Terkini
← Back to list
Nur Izzuddin-Sze Fei Sah Sertai Road to Gold!
Jun 19, 2025
Beregu lelaki nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai sah sertai program Road to Gold!
Ia menyaksikan jumlah pemain badminton yang disenarai dalam program itu kini meningkat kepada 12.
Antaranya termasuk beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah.
----
Pengurusan Imigresen FC digesa menyelesaikan isu venue tuan rumah segera.
MFL berkata perkara itu menjadi antara sebab kelewatan proses akhir penyediaan jadual Liga Malaysia yang sedang disusun berdasarkan tarikh perlawanan kelab wakil negara di pentas Asia.
Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak permohonan untuk menggunakan Stadium Darul Aman.
---
FAM masih belum membuat sebarang keputusan mengenai penyertaan Harimau Malaya pada Kejohanan Piala Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah 2025 yang tular baru-baru ini.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM berkata perkara itu masih dalam perbincangan dan sebarang keputusan akan dimaklumkan kelak.
---
Aksi STL hari-3 berkesudahan Perak Bison tundukkan Penang Black Panthers 2-0 manakala Johor Tigris tewaskan Bomba Fighters 2-1.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm