Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
berita sukan

Berita Terkini

← Back to list

Penyertaan Zii Jia dalam skuad Piala Thomas negara belum dimuktamad

Feb 20, 2026


Penyertaan Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas negara bagi kejohanan itu di Denmark yang bermula hujung April nanti masih belum dimuktamadkan.  

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, pemain perseorangan profesional itu diberi tempoh seminggu untuk buat keputusan selepas perbincangan bersama BAM.  

Datuk Seri Lee Chong Wei juga memaklumkan, perbincangan bersama pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei untuk Piala Uber juga berjalan lancar dan positif. 

Sementara itu beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani sudah bersetuju sertai kempen Piala Thomas negara tahun ini.  

---  

Pengendali sementara Terengganu FC gesa anak buahnya kekal fokus untuk raih kemenangan ke atas Melaka FC pada aksi Liga Super esok.  

Ujar Tengku Hazman Raja Hassan, meskipun dalam aksi sebelum ini mereka benam Melaka 4-0, pemain tetap perlu waspada bagi hadapi cabaran tuan rumah. 

Skuad Penyu kini menghuni tangga ke-5 dengan 25 mata manakala Melaka di kedudukan ke-2 tercorot liga dengan hanya 10 mata. 

---  

Real Madrid telah serah bukti kepada UEFA bagi sokong aduan bintang mereka, Vinicius Junior mengenai ejekan perkauman keatasnya ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Benfica. 

---  

Juara Eropah, PSG dikatakan tetap merisik Erling Haaland meskipun dia baru sahaja menandatangani kontrak panjang hampir sedekad dengan, Manchester City. 

---  

FIFA dilapor akan terajui dana 337 juta ringgit bagi bina semula kemudahan bola sepak di Gaza yang musnah akibat serangan Israel.  

---  

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dijangka buat kemunculan semula secara besar-besaran dengan menyertai beberapa kejohanan utama antarabangsa tahun in. 

Menurut PKBM, beliau antraranya dijadual mengambil bahagian pada saingan Piala Dunia Trek di Australia dan Kejohanan Asia di Filipina bulan depan. 

 


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm

Sabtu - Ahad

8am, 10am, 12 pm

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
Ads With Us Ads With Us Ads With Us