Berita Terkini
← Back to list
KL Thunder Beraksi Di Separuh Akhir STL Premier GP Terengganu
Jun 20, 2025
KL Thunder mara ke separuh akhir STL Premier GP Terengganu.
Ini selepas mereka bangkit daripada ketinggalan untuk tewaskan ATM Guardians 2-1 pada perlawanan hari ketiga semalam.
Aksi lain berkesudahan,
Melaka Titans tewaskan Negeri Sembilan Antlers 2-0 sekali gus mara ke separuh akhir.
Johor Tigris kalahkan Bomba Fighters 2-1.
Manakala Perak Bison tewaskan Penang Black Panthers dengan straight set.
Ikuti secara langsung STL Premier GP Terengganu bermula 3 petang ini di ASTRO, saluran 801 dan aplikasi Sooka.
.....
3 pemain skuasy wanita negara mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Individu Asia 2025.
Mereka ialah Rachel Arnold, Aifa Azman dan Yee Xin Ying yang tewaskan lawan masing-masing pada aksi suku akhir semalam.
.....
Beralih ke bola sepak, Inter Miami bangkit daripada ketinggalan untuk tewaskan Porto 2-1 pada aksi Piala Dunia Kelab pagi tadi.
Lionel Messi muncul wira apabila jaringkan gol kemenangan Inter Miami yang juga gol ke-50nya untuk pasukan itu.
.....
Dalam perkembangan lain, Kylian Mbappe dilapor sudah keluar dari hospital selepas alami masalah kesihatan baru-baru ini.
Penyerang Real Madrid itu sebelum ini terlepas perlawanan berdepan Al-Hilal yang berkesudahan seri 1 sama.
.....
Akhir sekali, Chelsea dilapor ingin dapatkan penyerang Brighton, Joao Pedro yang dikaitkan dengan perpindahan ke Newcastle.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm