Berita Terkini
← Back to list
Liverpool Semakin Hampiri Gelaran EPL
Apr 21, 2025
Liverpool hanya perlu tiga mata lagi untuk raih gelaran Liga Perdana Inggeris.
Ini selepas The Reds tewaskan Leicester City 1-0 dengan Trent Alexander-Arnold menjaringkan gol kemenangan.
Berbaki 5 perlawanan lagi, Liverpool berada di persada liga - 13 mata mengatasi pencabar terdekat, Arsenal yang benam Ipswich 4-0.
Aksi lain berkesudahan,
Chelsea bangkit daripada ketinggalan untuk kalahkan Fulham 2-1,
Manakala Wolves tundukkan Manchester United 1-0.
.....
Beralih ke bola sepak tempatan, KL City menutup tirai Liga Super musim ini dengan kemenangan besar.
Skuad The City Boys belasah Kelantan Darul Naim 5-2 pada aksi liga malam tadi.
Aksi lain berkesudahan,
Terengganu benam Kedah Darul Aman 3-0,
Kuching City tundukkan N. Sembilan 3-1.
Manakala, Sabah tewas 0-1 kepada Perak.
.....
Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak akan sertai acara individu pada Kejohanan Dunia 2025 di Chile, Oktober nanti.
Pengarah Teknikal skuad berbasikal trek kebangsaan, John Beasley berkata The Pocket Rocketman itu mungkin sertai acara pecut berpasukan.
Terdahulu, Azizulhasni ambil keputusan bergerak secara profesional bagi meneruskan kayuhan untuk tempoh dua tahun akan datang.
.....
Akhir sekali, pelumba F1 McLaren, Oscar Piastri raih gelaran ketiganya musim ini apabila menjuari GP Arab Saudi.
Sementara itu, tempat kedua milik pelumba Redbull, Max Verstappen manakala Charles Leclerc dari Ferrari raih tempat ketiga.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm