Berita Terkini
← Back to list
EPL: Man City, Aston Villa buru kelompok 4 teratas
Apr 22, 2025
Manchester City akan melayan kunjungan Aston Villa pada aksi EPL, awal pagi esok dengan kedua-dua pasukan buru slot empat pasukan terbaik.
Ia bagi mencerahkan peluang untuk mara ke Liga Juara-Juara musim depan.
City berpeluang melonjak ke tangga ketiga jika menang manakala kemenangan buat Villa bakal menyaksikan mereka naik ke tangga keempat liga.
Saksikan Man City lawan Aston Villa secara langsung di Astro, saluran 811 bermula 3 pagi nanti!
__
Hasrat Terengganu dan Kedah Darul Aman untuk menyertai saingan peringkat Asia musim depan tidak kesampaian.
Ia susulan permohonan mereka untuk mendapatkan Lesen Liga Juara-Juara Asia Elit dan Liga Juara-Juara Asia 2 ditolak oleh First Instance Body.
Sementara itu, JDT, Selangor, Sabah dan Penang merupakan empat pasukan Liga Super yang berjaya peroleh lesen berkenaan.
__
Dan, BAM umum pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao dan pemain beregu wanita Pearly Tan bagi mengetuai cabaran skuad Malaysia pada kejohanan Piala Sudirman di China minggu depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm