Berita Terkini
← Back to list
Terbuka Jepun: Goh Sze Fei-Nur Izzudin wakil tunggal ke separuh akhir!
Aug 23, 2024
Hanya satu wakil negara berjaya menempah tiket ke separuh akhir badminton Terbuka Jepun.
Ini selepas beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin tundukkan gandingan Indonesia dalam pertarungan tiga set.
Sementara itu, empat lagi wakil negara kandas pada pusingan suku akhir termasuk beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah yang kalah kepada beregu China.
__
Jonah Chang Rigan menutup tirai dengan penuh bergaya apabila muncul pemenang pingat emas menerusi acara baling tukul besi.
Wakil tuan rumah itu turut cipta sensasi apabila menjadi atlet pertama Sarawak yang berjaya merangkul ketiga-tiga emas dalam acara balingan lelaki.
Untuk rekod, Jonah memenangi pingat emas ketiganya itu selepas mengungguli acara lontar peluru dan lempar cakera.
__
Atlet Johor, Umar Osman terus cipta sensasi apabila meleburkan rekod SUKMA acara 800 meter lelaki dengan catatan masa 1 minit 51.19 saat pada aksi final.
Catatan itu menyaksikan pelari kebangsaan itu memperbaharui rekod temasya yang dilakukan pada edisi 1992 iaitu 1 minit 52.35 saat.
Untuk rekod, ini merupakan emas keempat Umer pada edisi kali ini, selepas turut memernangi acara 400 meter, 4x 400 meter lelaki dan 4x 400 meter campuran.
Sementara itu, saingan 800m wanita turut menyaksikan dominasi atlet Johor, S Geetha yang memenangi emas dengan catatan 2 minit 20.41 saat.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm