Berita Terkini
← Back to list
Skuad Sepak Takraw Kuadran Lelaki Tundukkan Musuh Tradisi, Thailand
Jul 24, 2025
Malaysia cipta kemenangan bersejarah ke atas musuh tradisi Thailand.
Ini selepas skuad sepak takraw kuadran lelaki negara tundukkan skuad Gajah Putih 2-0 pada aksi Kumpulan A Piala Raja Thai 2025 sekali gus cerahkan peluang ke separuh akhir.
Malaysia seterusnya akan berdepan Korea Selatan sebelum bertemu Singapura pada aksi terakhir kumpulan.
.....
9 wakil negara akan meneruskan aksi pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka China hari ini.
Antaranya ialah termasuk beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik dan beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah.
Ikuti secara langsung Terbuka China bermula 9 pagi ini di ASTRO, saluran 815, 816 dan aplikasi Sooka.
.....
Beralih ke bola sepak, KL City tewas 0-1 kepada kelab Indonesia, Semen Padang pada aksi persahabatan di Cheras malam tadi.
.....
Marcus Rashford secara rasmi menyertai Barcelona secara pinjaman dari Manchester United selama semusim.
Barca juga mempunyai pilihan untuk jadikan Rashford sebagai pemain tetapnya dengan bayaran 30 juta pound.
.....
Akhir sekali, Real Madrid dilapor sediakan tawaran 100 juta pound untuk pemain tengah Manchester City, Rodri.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm