Berita Terkini
← Back to list
Malaysia masih berpeluang rebut dua tempat teratas!
Mar 27, 2024
Misi Malaysia Belum Berakhir...
Malaysia masih berpeluang rebut dua tempat teratas!
Itu keyakinan yang diluahkan Romel Morales berhubung peluang skuad Harimau Malaya untuk layak Piala Asia sekaligus mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
Jelasnya biarpun tewas 0-2 kepada Oman, skuad kebangsaan mampu raih 6 mata maksimum pada 2 perlawanan terakhir berdepan Kyrgyzstan dan Taiwan.
Untuk rekod, Malaysia akan bertemu Krygyztan pada 6 Jun, seterusnya menamatkan saingan kumpulan D berdepan Taiwan pada 11 Jun.
__
Piala Thomas: Rexy Enggan Insiden Berulang
Rexy Mainaky enggan isu kecederaan seperti pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia sebelum ini berulang.
Pengarah Kejurulatihan ABM itu akui bimbang dengan masalah kecederaan melibatkan beberapa tonggak utama negara menjelang kempen Piala Thomas bulan depan.
Terdahulu, dua pemain perseorangan Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan kerana masing-masing alami kesukaran bernafas dan kecederaan belakang.
__
Azam Azmi Terlepas Peluang Beraksi Di Piala Asia Bawah 23 Tahun
Kim Pan Gon jangkakan Azam Azmi mungkin tidak beraksi pada saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun di Qatar, bulan depan.
Pengendali skuad Harimau Malaya itu berkata demikian selepas pertahanan TFC itu alami kecederaan serius Malaysia tewas 0-2 kepada Oman semalam.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm