Berita Terkini
← Back to list
Semua kepimpinan FAM letak jawatan secara kolektif!
Jan 28, 2026
FAM umum kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2025–2029, secara kolektif dan sukarela letak jawatan serta-merta.
Pemangku Presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan tujuan utama adalah bagi menjaga reputasi serta mengurangkan risiko lebih buruk yang boleh menjejaskan bola sepak Malaysia secara keseluruhan.
Kemelut berterusan berlaku selepas tujuh pemain warisan Harimau Malaya digantung 12 bulan oleh FIFA susulan isu pemalsuan dokumen.
__
Sementara itu, AFC sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada FIFA berhubung status tujuh pemain warisan Harimau Malaya sama ada boleh beraksi atau tidak.
Ia susulan Mahkamah Timbang Tara Sukan membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan yang dikemukakan kesemua pemain terbabit, baru-baru ini.
Keputusan itu bermakna hukuman penggantungan selama 12 bulan dikenakan susulan isu pemalsuan dokumen, ditangguhkan buat sementara waktu sehingga keputusan muktamad rayuan dibuat.
__
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia antara tujuh wakil yang berjaya mengesahkan slot ke pusingan kedua badminton Masters Thailand.
__
Dan, Arne Slot tuntut Liverpool perbaiki kelemahan bagi memastikan kemenangan pada aksi terakhir kumpulan Liga Juara-Juara berdepan Qarabag, awal pagi esok.
Pengendali The Reds itu berkata demikian susulan prestasi hambar skuad kendaliannya apabila gagal catat kemenangan dalam lima perlawanan liga berturut-turut.
Liverpool akan melayan kunjungan Qarabag bagi aksi penentuan ke pusingan 16 terbaik
dan anda boleh saksikannya secara langsung jam 4 pagi nanti di Astro, saluran 821 dan aplikasi Sooka!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm