Berita Terkini
← Back to list
Liverpool Kini Bergelar Juara Liga Buat Kali ke-20!
Apr 28, 2025
Liverpool sahkan gelaran juara Liga Perdana Inggeris.
Ini selepas The Reds bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk belasah Tottenham 5-1 pada aksi EPL.
Berbaki 4 lagi perlawanan, skuad kendalian Arne Slot sah meraih kejuaraan ke-20 liga sekali gus menamatkan dominasi 4 tahun Manchester City sebagai juara.
Dalam satu lagi aksi, Rasmus Hojlund jaringkan gol pada minit akhir perlawanan untuk bantu Manchester United seri 1 sama dengan Bournemouth.
.....
Sementara itu, Manchester City tewaskan Nottingham Forest 2-0 pada aksi separuh akhir Piala FA pagi tadi.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan skuad The Citizens itu mara ke final buat kali ketiga berturut-turut dan akan berdepan Crystal Palace.
.....
Pemain skuasy negara, Ng Eain Yow dan Rachel Arnold, masing-masing dinobat naib juara pada kejohanan skuasy di Washington.
Manakala, pemain skuasy wanita, S. Sivasangari turut rangkul naib juara selepas tewas kepada wakil Amerika pada kejohanan berasingan di Switzerland.
.....
Skuad badminton negara akan mulakan saingan Piala Sudirman hari ini dengan berdepan Perancis.
Saksikan secara langsung kejohanan badminton Piala Sudirman di ASTRO, saluran 802 bermula 9 pagi ini.
.....
Akhir sekali, Alex Marquez raih gelaran MotoGP pertama dalam kariernya selepas menjuarai GP Sepanyol.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm