Berita Terkini
← Back to list
Salah lepasi rekod jaringan terbanyak EPL milik Aguero
Apr 28, 2025
Mohamed Salah catat satu lagi pencapaian peribadi ketika Liverpool kalahkan Tottenham 5-1 dalam aksi EPL.
Penyerang Mesir itu jaringkan gol pada babak kedua permainan sekali gus melonjakkannya ke tempat ke-5 dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman EPL.
Salah kini mempunyai 185 gol, meletakkannya di atas legenda Manchester City, Sergio Aguero.
__
Pemain Tottenham, Son Heung Min masih belum pasti dapat beraksi pada aksi separuh akhir Liga Europa, minggu ini ekoran masih belum pulih daripada kecederaan.
Untuk rekod, bintang Korea itu terlepas empat perlawanan sebelum ini.
__
Dan, Malaysia membuka kempen badminton Piala Sudirman 2025 dengan langkah kanan.
Ini selepas skuad negara tewaskan Perancis 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C.
Skuad negara dijadual bertemu Australia esok sebelum menutup tirai saingan Kumpulan C berdepan Jepun pada 1 Mei.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm