Berita Terkini
← Back to list
Pang Ron-Su Yin mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia
Aug 28, 2025
Negeri Sembilan Antlers tewaskan Terengganu Turtles 2-0 pada aksi hari ke-2 Premier GP Penang
Terdahulu, Selangor Pistons benam PDRM Defenders juga 2-0.
Sementara itu Melaka Titans akan menentang KL Thunder pada 8.00 malam ini dan perlawanan Kelantan Warriors-Perak Bison menyusul selepas itu.
Ikuti STL Premier GP Penang secara langsung di Astro Arena, saluran 801 dan aplikasi Sooka.
---
Beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin kalahkan rakan senegara Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Paris.
Antara wakil negera yang bakal beraksi hari ini termasuk Arif Junaidi-Yap Roy King, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzudin-Goh Sze Fei.
Tonton Kejohanan Dunia BWF secara langsung di ASTRO saluran 815 dan aplikasi Sooka.
---
Ruben Amorim mohon maaf kepada penyokong Manchester United selepas tempoh perkhidmatannya capai titik terendah baru.
Kelab itu sekali lagi tempuh kekalahan pahit ekoran disingkirkan daripada Piala Liga oleh kelab Liga Dua, Grimsby awal pagi tadi.
Pengendali The Red Devils itu tidak beri sebarang alasan dan hanya mengatakan semuanya serba tidak menjadi untuk mereka.
Penyingkiran dari Piala Liga bermakna harapan realistik United untuk rangkul trofi musim ini kini hanya tinggal Piala FA.
---
Beberapa pasukan EPL akan memulakan kempen pusingan ke-3 Piala EFL yang bermula pertengahan bulan depan.
Juara bertahan, Newcastle akan melawan Bradford, Liverpool diundi menentang Southampton dan Chelsea bakal bertemu Lincoln City.
Manakala Grimsby yang baru kejutkan Manchester United akan berdepan Sheffield Wednesday.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm