Berita Terkini
← Back to list
Skuad Harimau Malaya kehilangan khidmat seorang lagi penyerang
May 29, 2024
Taring skuad Harimau Malaya seakan tumpul menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan.
Ini kerana Darren Lok terpaksa diketepikan selepas disahkan mengalami kecederaan hamstring.
Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon berkata pemain Kuching City, Nur Shamie Iszuan Amin akan dipanggil untuk menggantikan Darren Lok.
Untuk rekod, empat pemain telah diketepikan iaitu Faisal Halim yang jadi mangsa serangan asid manakala Arif Aiman, Romel Morales dan Syafiq Ahmad pula dilanda kecederaan.
Malaysia akan berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei pada 6 dan 11 Jun depan.
.....
Sementara itu, FAM puas hati dengan pelaksanaan sistem VAR dalam tiga aksi pusingan pertama perlawanan Liga Super.
Pengerusinya berkata para pengadil yang ditugaskan telah mengikuti protokol yang ditetapkan dengan sangat baik.
Langgani Pelan Sukan dan Hiburan Sooka untuk menikmati perlawanan Liga Malaysia secara langsung sepanjang musim ini!
.....
6 wakil negara termasuk perseorangan lelaki, Lee Zii Jia akan beraksi pada pusingan pertama Terbuka Singapura hari ini.
Semalam, perseorangan lelaki, Leong Jun Hao bersama 2 lagi wakil negara telah mara ke pusingan kedua kejohanan itu.
Saksikan Terbuka Singapura secara langsung di Astro saluran 814 bermula 10 pagi ini.
.....
Dan, Pengurus Leicester City, Enzo Maresca dilapor telah bersetuju untuk mengendalikan Chelsea musim depan.
Stadium Astro Segalanya Aksi Sukan. Layari stadiumastro.com untuk perkembangan berita sukan terkini!
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm