Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
berita sukan

Berita Terkini

← Back to list

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin turun satu anak tangga ranking dunia

Jul 29, 2025


Goh Sze Fei-Nur Izzuddin kini menghuni tangga keempat ranking badminton dunia. 

Ranking terbaru BWF menyaksikan beregu lelaki negara itu turun satu anak tangga selepas gagal pertahan kejuaraan Terbuka China. 

__

Dalam perkembangan lain, beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memasang impian untuk ulangi kejayaan merangkul kejuaraan dunia buat kali kedua. 

Ujar Aaron, biarpun terlepas gelaran berstatus Super 1000 pada Terbuka China, namun gelaran Kejohanan Badminton Dunia berada dalam kelas tersendiri yang menjadi idaman setiap pemain. 

Untuk rekod, Aaron-Wooi Yik cipta sejarah menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang pernah raih gelaran juara dunia pada edisi 2022.  

__

Beralih ke bola sepak,

Masih banyak persiapan perlu dilakukan Selangor menjelang saingan Liga Malaysia. 

Katsuhito Kinoshi luah rasa bimbang susulan anak buahnya hanya mampu seri tanpa jaringan berdepan pasukan veteran, Asia Warriors pada aksi persahabatan, kelmarin. 

Justeru pengendali The Red Giants itu tuntut barisan pemain bekerja lebih keras dan menggandakan usaha dalam sesi latihan. 

Selangor bakal mengharungi aksi pembuka tirai Liga Malaysia bertemu gergasi bola sepak tanah air, JDT pada saingan Piala Sumbangsih, Jumaat depan.  

__

Dan, India mengisi slot Malaysia yang menarik diri daripada kejohanan Piala Negara-Negara CAFA yang bakal berlangsung bermula hujung bulan depan. 


Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!

Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!

Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm

Sabtu - Ahad

8am, 10am, 12 pm

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
Ads With Us Ads With Us Ads With Us