Berita Terkini
← Back to list
Kejohanan Badminton BWF: 2 beregu lelaki negara mara ke suku akhir
Aug 29, 2025
Malaysia miliki dua wakil beregu lelaki pada suku akhir Kejohanan Dunia BWF.
Man Wei Chong-Tee Kai Wun kalahkan wakil England dengan straight set manakala Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewaskan rakan senegara, Arif Junaidi-Yap Roy King.
3 lagi wakil negara yang mara ke suku akhir ialah beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin serta beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah.
Ikuti secara langsung Kejohanan Dunia BWF bermula 3.30 petang ini di ASTRO saluran 815 dan aplikasi Sooka.
.....
Melaka Titans sah layakkan diri ke separuh akhir STL Premier GP Penang.
Ini selepas mereka tewaskan KL Thunder 2-1 semalam sekali gus muncul juara Kumpulan C.
Aksi lain berkesudahan, Perak Bison kalahkan Kelantan Warriors 2-1, Negeri Sembilan Antlers tewaskan Terengganu Turtles 2-0 dan Selangor Pistons tundukkan PDRM Defenders dengan straight set.
Anda boleh saksikan secara langsung STL Premier GP Penang bermula 3.00 petang ini di ASTRO, saluran 801 dan aplikasi Sooka.
......
JDT kembali duduki tangga teratas Liga Super.
Skuad Harimau Selatan itu benam Imigresen FC 3-0 sekali gus kekalkan rekod kemenangan seratus peratusnya musim ini.
Skuad kendalian Xisco Munoz itu kini mengumpul 12 mata selepas empat perlawanan, 2 mata mengatasi KL City di kedudukan kedua.
.....
Liverpool dan Manchester City diundi berdepan juara 15 kali, Real Madrid pada fasa awal Liga Juara-Juara.
The Reds turut diundi berdepan Atletico Madrid dan Inter Milan, manakala City dijadual berdepan Napoli dan Borussia Dortmund.
Turut mencuri tumpuan ialah Chelsea dan Arsenal yang akan menentang Bayern Munich, manakala Tottenham dan Newcastle dijadual berdepan PSG.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm