Berita Terkini
← Back to list
3 Pasukan Mungkin Tidak Dapat Beraksi Dalam Piala Malaysia Musim Depan.
Oct 29, 2020
3 pasukan Liga Super dan Liga Perdana mungkin tidak dapat beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
Menurut FAM, ini selepas 3 pasukan itu masih belum lengkapkan dokumen pelesenan menjelang tarikh akhir, Sabtu ini.
Terdapat 7 pasukan katanya telah diberikan kelonggaran ekoran kegagalan mereka mendapatkan dokumen daripada pihak ketiga yang berpunca daripada arahan PKP ketika ini.
Sementara itu, FAM kini menunggu keputusan FIFA sebelum ambil tindakan lanjut berhubung pertikaian antara Persatuan Bolasepak Negeri Pahang, PBNP dan bekas pemainnya, Mohamadou Sumareh.
Pihaknya juga sahkan ada terima surat daripada PBNP yang menjatuhkan hukuman penggantungan 2 tahun terhadap Sumareh kerana melanggar kontrak.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm