Berita Terkini
← Back to list
Masters Thailand: Zii Jia tarik diri dalam set penentuan
Jan 30, 2026
Tiga wakil negara kandas pada suku akhir kejohanan badminton Masters Thailand.
Antaranya pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia yang terpaksa menarik diri akibat kecederaan, selepas terikat 1-1 dengan pilihan kedua dari Indonesia.
__
Dalam perkembangan lain, BAM secara rasmi umum pelantikan tiga jurulatih baharu bagi memperkukuh struktur kejurulatihan kebangsaan.
Pelantikan terbaharu menyaksikan Harry Hartono dilantik sebagai Jurulatih Perseorangan Lelaki, manakala Mohd Zakry Abdul Latif menggalas peranan sebagai Jurulatih Beregu Wanita.
__
Raheem Sterling dilapor berbincang dengan tujuh kelab peringkat elit selepas kontraknya bersama Chelsea ditamatkan dengan persetujuan bersama semalam.
Sterling diketepikan The Blues sebelum menghabiskan musim lalu secara pinjaman bersama Arsenal.
__
Dan, pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz mara ke final tennis Terbuka Australia selepas tewaskan Alexander Zverev dalam perlawanan yang mengambil masa lebih lima jam.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm