Berita Terkini
← Back to list
5 Pasukan Boleh Kembali Beraksi Di Venue Asal.
Jul 22, 2021
5 pasukan dibenarkan untuk kembali beraksi di venue asal masing-masing.
Menurut Liga Bola Sepak Malaysia ia susulan tamatnya pelaksanaan PKPD di Selangor, Kuala Lumpur dan Seremban.
Pasukan terlibat adalah PJ City FC, Selangor FC, UiTM FC, Negeri Sembilan FC dan skuad Projek FAM-MSN.
Sementara itu, Selangor FC waspada dengan beberapa tonggak baru Kuala Lumpur City FC menjelang aksi Liga Super, Sabtu ini.
Pengendalinya beritahu Nadi Arena, pasukannya perlu bersiap sedia untuk menguasai permainan dan tingkatkan persembahan.
Penyerang import, Ifedayo Olusegun katanya taruhan utama dalam menyuntik keyakinan pasukan untuk raih kemenangan pada perlawanan itu nanti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm