Berita Terkini
← Back to list
6 pengadil digantung dua minggu dan 4 lagi dibekukan oleh FAM.
Dec 28, 2017
6 pengadil digantung dua minggu dan empat lagi 'dibekukan' buat sementara oleh Jabatan Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Ini selepas mereka didapati tidak melakukan keputusan tepat ketika mengadili perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim lalu.
Tindakan itu diambil selepas jawatankuasa pengadil meneliti 18 aduan yang dibuat oleh pasukan sepanjang saingan Liga M.
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh berkata, kedudukan empat pengadil yang dibekukan itu hanya akan ditentukan oleh mesyuarat penilaian prestasi pengadil.
Daripada 18 aduan yang diterima sepanjang musim lalu, Jabatan Pengadil Football Association of Malaysia turut mengeluarkan dua amaran kepada pengadil, seorang daripada mereka diturunkan ke pertandingan bawahan manakala baki lima aduan didapati tidak tepat.
Dalam perkembangan lain, seramai 191 pengadil dijangka akan mengadili pertandingan Liga M musim depan dan jumlah itu akan bertambah selepas ujian kecergasan kedua yang dijadualkan Februari ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm