Berita Terkini
← Back to list
Aaron Chia-Soh Wooi Yik Sedia Harungi Terbuka Malaysia
Jan 06, 2025
Aaron Chia-Soh Wooi Yik Sedia Harungi Terbuka Malaysia
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersedia untuk harungi saingan badminton Terbuka Malaysia yang akan bermula esok.
Aaron berkata mereka sudah buat persiapan dengan baik walaupun masih dihimpit isu kecederaan.
Aaron- Wooi Yik bakal berdepan wakil Amerika Syarikat pada pusingan pertama.
Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong dipecat
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong dipecat berkuat kuasa hari ini.
Persatuan Bolasepak Indonesia berkata keputusan itu dibuat berdasarkan tahap prestasi jangka panjang bagi pasukan utama sehingga skuad muda.
Di bawah bimbingan Shin Tae-yong, Indonesia kini sedang hadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 namun, tewas pada peringkat kumpulan Piala Asean, baru-baru ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm