Berita Terkini
← Back to list
Aksi Piala Malaysia PKNP FC-PJ City FC ditunda
Sep 16, 2019
Aksi Piala Malaysia PKNP FC-PJ City FC ditunda
Foto - Malaysian Football League
Aksi terakhir Kumpulan B Piala Malaysia, PKNP FC menentang PJ City FC esok ditunda ke Jumaat selepas beberapa pemain PJ City dijangkiti virus Influenza B.
Oleh itu, Liga Bola Sepak Malaysia maklumkan, aksi suku akhir pertama antara juara Kumpulan A dengan naib juara Kumpulan B dipinda ke Selasa depan.
MFL dalam pada itu turut meluluskan permohonan pasukan Sarawak untuk tukar tarikh perlawanan separuh akhir pertama Piala Cabaran menentang UKM FC daripada Sabtu ke Ahad ini.
-----
Petronas Yamaha Sepang Racing Team catat penamat terbaik musim ini
Foto - Petronas SRT
Pasukan MotoGP Petronas Yamaha Sepang Racing Team catat penamat terbaik musim ini pada GP San Marino.
Ini selepas dua pelumbanya, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan kelima.
Ini juga merupakan podium keempat buat Quartararo pada penampilan sulungnya dalam kelas perdana itu selepas melakukannya di Catalunya, Belanda dan Austria.
-----
Hafizh Syahrin sambar satu mata di Misano
Foto - Red Bull KTM Tech3
Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah kutip satu mata berharga apabila menamatkan GP San Marino di tempat ke-15.
Ini merupakan kali keempat Hafizh berjaya menempatkan diri dalam kelompok 15 terbaik selepas 13 pusingan perlumbaan, musim ini.
Penunggang KTM Tech3 itu sebelum ini berjaya meraih dua mata di Perancis, satu di Belanda dan tiga di Great Britain untuk mengumpul keseluruhan tujuh mata.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm