Berita Terkini
← Back to list
Atlet Road to Tokyo Diberi Keutamaan
May 05, 2020
Atlet Road to Tokyo Diberi Keutamaan
Atlet di bawah program Road to Tokyo akan diberikan keutamaan untuk jalani latihan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB jika garis panduannya diluluskan kerajaan.
Majlis Olimpik Malaysia beritahu Astro Arena, keutamaannya adalah memberikan latihan kepada atlet yang layak dan atlet yang dijangka akan memasuki proses kelayakan.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan mengadakan perjumpaan maya dengan wakil Persatuan Sukan Kebangsaan yang juga pemegang kepentingan program latihan elit Road To Tokyo.
Liga M: Malaysia Boleh Contohi Negara Lain
Konfederasi Bolasepak Asia saran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) contohi beberapa negara Asia lain sebelum buat keputusan meneruskan saingan Liga Malaysia 2020 yang dijangka pada September ini.
Pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan terhadap cadangan MFL untuk merombak format liga itu namun perlu patuhi SOP sebelum meneruskan saingan berkenaan.
MFL dilapor rancang meneruskan pertandingan Liga Super dan Liga Premier secara separuh liga bermula 1 September.
Saingan Piala Malaysia pula akan berlangsung pada 17 Okt hingga 7 November, manakala kempen Piala FA dan Piala Cabaran terpaksa dibatalkan susulan kekangan masa.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm