Berita Terkini
← Back to list
Azizulhasni Awang fokus tambah berat jisim otot
Mar 14, 2019
Foto - Stadium Astro
Jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang fokus menambah berat jisim otot sebagai persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Katanya, biarpun diberitahu memiliki tahap kelajuan antara yang terbaik di dunia, dia memerlukan jisim otot yang tinggi untuk menjadi lebih kuat.
Foto - Stadium Astro
Tambah Azizul, salah satu sebab prestasinya tidak bagus dalam beberapa kejohanan sebelum ini adalah kerana dia kekurangan kuasa henjutan.
Ini kerana berat badannya hanya 70kg berbanding pelumba Eropah lain yang memiliki berat badan paling minimum dalam lingkungan 90kg dan ke atas.
Foto - Stadium Astro
Setakat ini Azizul yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman' berada di ranking kedua terbaik dunia dalam acara keirin dan kedudukan ke-22 bagi acara pecut.
Dalam acara individu dan berpasukan, pelumba perlu berada dalam kelompok lapan terbaik dunia untuk layak beraksi di Sukan Olimpik.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm