Berita Terkini
← Back to list
Azizulhasni raih 2 gangsa pada Kejohanan Dunia di Jerman!
Mar 02, 2020
Foto : Stadium Astro
Jaguh berbasikal trek, Azizulhasni Awang tamatkan Kejohanan Dunia di Jerman dengan gangsa acara pecut individu lelaki!
Ianya merupakan pingat kedua Azizulhasni pada kejohanan itu selepas turut meraih gangsa dalam acara keirin, Jumaat lalu.
Kali terakhir The Pocket Rocketman meraih pingat dalam acara tersebut adalah pada 2009, 11 tahun lalu.
Dalam pada itu, Malaysia berjaya tempah slot ke Sukan Olimpik Tokyo dalam kedua-dua acara tersebut ekoran prestasi cemerlang Azizulhasni pada kejohanan itu.
Pengumuman rasmi daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa, UCI berhubung perkara itu dijangka akan dibuat minggu depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm