Berita Terkini
← Back to list
Cabaran Malaysia di kejohanan badminton Terbuka Denmark berakhir di pusingan pertama.
Oct 18, 2018
Cabaran Malaysia pada kejohanan badminton Terbuka Denmark berakhir seawal pusingan pertama.
Ini selepas wakil perseorangan lelaki negara, Liew Daren dan beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tumpas kepada lawan masing-masing dalam penentuan rubber game.
Foto: Mstar
Beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean pula tumpas straight set kepada wakil Indonesia.
Malaysia bakal berdepan tindakan tegas daripada Persatuan Sepaktakraw Antarabangsa.
Persatuan Sepak Takraw Malaysia bakal berdepan tindakan tegas daripada Persatuan Sepaktakraw Antarabangsa.
Ini selepas PSM melanggar arahan badan induk antarabangsa tersebut apabila membenarkan 2 pegawai dan 2 pemainnya menyertai kursus dan Liga Sepak Takraw.
Keempat-empat individu tersebut dijatuhkan hukuman gantung sehingga 31 Januari depan, kerana gagal membayar denda selepas enggan meneruskan perlawanan akhir regu berpasukan di Piala Raja Thai 2016.
Kecederaan buku lali Syakilla Salni Jefry Krishnan bertambah serius.
Misi jaguh karate negara, Syakilla Salni Jefry Krishnan untuk tamatkan kemarau emas negara pada Kejohanan Dunia di Madrid bulan depan, terjejas!
Ini selepas kecederaan buku lalinya bertambah serius selepas tersingkir pada sebuah kejohanan di Tokyo minggu lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm