Berita Terkini
← Back to list
Cheng Hoe umum senarai akhir 23 pemain.
Nov 12, 2019
Ketua jurulatih Harimau Malaya telah memilih senarai akhir 23 pemain menjelang 2 aksi kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Thailand dan Indonesia.
Tan Cheng Hoe menggugurkan 3 pemain iaitu Shahrel Fikri Md Fauzi, Farhan Roslan dan Nazirul Naim Che Hashim.
Jelasnya, pengguguran Shahrel Fikri adalah kerana kecederaan, manakala posisi Nazirul Naim di bahagian pertahanan diisi oleh Syazwan Andik.
Dalam pada itu, dia akui selesa biarpun hanya membawa 2 penyerang tulen untuk kedua-dua aksi penting tersebut iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Syafiq Ahmad.
Tan Cheng Hoe berkata dia miliki beberapa pemain lain yang boleh bermain sebagai penyerang termasuk Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid.
Sementara itu, 3 pemainnya, Syameer Kutty Abba, Syahmi Safari dan Norshahrul Idlan Talaha terima tonik terbaik sebelum berdepan Thailand Khamis ini, selepas tersenarai dalam Kesebelasan Utama Terbaik AFF 2019.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm