Berita Terkini
← Back to list
Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Indonesia.
Jul 05, 2018
Datuk Lee Chong Wei diberi tentangan hebat sebelum mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Indonesia.
Pada aksi pusingan pertama semalam, juara 6 kali itu terpaksa bermain dalam 3 set sebelum dapat tumpaskan pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Chong Wei akan bertemu wakil Denmark, Anders Antonsen.
Antara yang turut layak ke pusingan kedua adalah beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Eei Yi.
Sementara itu, pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia amat menantikan pertemuan dengan jaguh China, Chen Long pada kejohanan Terbuka Thailand minggu depan.
Ini selepas kedua-duanya diundi bertemu pada pusingan pertama.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm