Berita Terkini
← Back to list
Diogo Luis Santo sah milik JDT
Jan 03, 2019
Foto - Fox Sports Asia
Juara lima kali Liga Super, JDT menandatangani pemain kelahiran Brazil, Diogo Luis Santo dari Buriram United.
Perkara itu disahkan menerusi satu video ringkas di laman Facebook JohorSouthernTigers, hari ini.
Foto - Bangkok Post
Untuk rekod, Diogo pernah dinobat Pemain Paling Bernilai Liga Thailand 2015 dan Pemain Import Terbaik, tahun lalu.
Malah pemain berusia 32 tahun itu juga telah menjaringkan 101 gol daripada 105 penampilan dalam Liga Thailand.
Foto - inikanbola.my
Penyertaan Diogo melengkapkan barisan import JDT selepas Aaron Niguez dari Sepanyol dan pemain pertahanan tengah Argentina, Maurício dos Santos Nascimento.
Skuad Harimau Selatan turut khidmat dua pemain musim lalu, Gonzalo Cabrera dan kapten, Harris Harun.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm