Berita Terkini
← Back to list
El Pescao idam permulaan baik di Austria
Aug 11, 2020
El Pescao idam permulaan baik di Austria
Foto - Team Aspar
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berharap dapat pamer aksi lebih kompetitif terutama pada awal perlumbaan GP Austria, hujung minggu ini.
Menurut Hafizh, dia menggemari litar Red Bull Ring dan pernah duduki tempat ke-10 pada tahun terakhirnya dalam Moto2 pada 2017 sebelum berhijrah ke MotoGP selama dua musim.
Untuk rekod, Hafizh menamatkan GP Republik Czech di tempat ke-10 Ahad lalu dan kini menghuni tangga ke-14 keseluruhan senarai kejuaraan pelumba dengan 17 mata.
-----
NAAM rancang anjur dua kejohanan
Foto - U Port
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia rancang menganjurkan Kejohanan Kebangsaan dan Kejohanan Remaja Kebangsaan dalam tempoh terdekat selepas sepi tanpa sebarang kejohanan akibat pandemik COVID-19.
Namun lokasi kejohanan masih dalam perbincangan dengan kemungkinan tidak akan keluar dari kawasan Lembah Klang kerana semua kemudahan ada di sini.
NAAM dalam pada itu berkata, jika pandemik COVID-19 kembali reda, atlet kebangsaan akan menyertai sekurang-kurangnya tiga acara antarabangsa tahun depan.
-----
Pahang hilang khidmat Khalil Khamis
Foto - Berita Harian
Jurulatih Pahang, Dollah Salleh akur dengan ketiadaan pertahanan import dari Lubnan, Khalil Khamis yang masih belum dapat lampu hijau kembali ke Malaysia.
Dollah beritahu MFL, harapan untuk dapatkan khidmat Khalil adalah tipis selepas Lubnan larang rakyatnya keluar negara selepas kejadian letupan di Beirut.
Oleh itu katanya, hendak atau tidak, skuad Tok Gajah terpaksa menggunakan pemain-pemain yang ada ini untuk baki saingan Liga Malaysia musim ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm