Berita Terkini
← Back to list
FAM berikan lesen kebangsaan kepada 8 pasukan.
Nov 05, 2019
8 pasukan diberi lesen kebangsaan oleh FAM untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
Pasukan terbabit adalah Melaka, PKNS FC, UKM FC, Selangor United, PDRM, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.
Namun, menurut FAM, Kelantan dan Sarawak diberikan lesen kebangsaan bersyarat disebabkan beberapa jaminan yang diperlukan daripada pihak ketiga.
Kesemua kelab berkenaan terima lesen kebangsaan berdasarkan penyelesaian daripada sebarang tunggakan sehingga 30 Jun lalu.
Datuk Seri Subahan Kamal perlu tunaikan janji!
Datuk Seri Subahan Kamal digesa tunai janjinya untuk letak jawatan sebagai Presiden Konfederasi Hoki Malaysia jika skuad negara gagal ke Olimpik.
Gesaan itu dibuat oleh bekas pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong yang merasakan Subahan perlu bertanggungjawab atas kegagalan itu.
Jelasnya kepada Berita Harian, adalah tidak adil kegagalan itu diletakkan atas pemain atau bahu jurulatih, Roelant Oltmans semata-mata.
Impian Malaysian Tigers ke Olimpik Tokyo lebur selepas tewas 3-9 secara agregat kepada Great Britain pada kelayakan terakhir di London.
Azizulhasni Awang duduki ranking kedua dunia acara keirin.
Azizulhasni Awang terus harumkan nama negara apabila duduki tangga kedua dalam ranking dunia bagi acara keirin!
Ia susulan kejayaan jaguh berbasikal trek negara itu raih perak dalam keirin pada Kejohanan Trek Asia di Korea Selatan bulan lalu.
Azizulhasni akan kembali beraksi pada siri Piala Dunia di Hong Kong hujung bulan nanti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm