Berita Terkini
← Back to list
Fazly Mazlan dan S. Kumaahran sertai Pahang
Feb 01, 2020
Fazly Mazlan dan S. Kumaahran sertai Pahang
Foto - Football Association of Malaysia
Dua pemain pasukan JDT II iaitu Fazly Mazlan dan S. Kumaahran sah dipinjamkan kepada skuad Liga Super, Pahang musim ini.
Difahamkan kedua-dua bekas pemain kebangsaan itu dipinjamkan kepada skuad Tok Gajah untuk tempoh satu musim.
Pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata, Fazly dan Kumaahran akan menjalani latihan bersama pasukan itu dalam masa terdekat.
-----
Nik Azwan, Sofian Nabil sah perkuat skuad kebangsaan di LTdL
Foto - Stadium Astro
Nik Mohd Azwan Zulkiflie dan Sofian Nabil Omar isi dua slot awal skuad kebangsaan dalam jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi, minggu depan.
Senarai lengkap pelumba negara akan diumumkan hari ini dengan persaingan merebut empat slot lain tertumpu kepada pakar pecut negara, Anuar Manan.
Pelumba veteran kelahiran Terengganu itu perlu bersaing dengan dua pelumba muda, Elmi Jumari dan Izad Hilmi Abd Jalil kerana jurulatih Yusof Abdul Nasir hanya mahu menggunakan seorang pakar pecut.
-----
SSMZA bakal berwajah baru
Foto - Arena Sukan
Terengganu akan ganti trek olahraga di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang rosak teruk akibat terbiar lama dengan lapisan rumput tiruan.
Ia bagi merealisasikan hasrat PBSNT untuk gunakan kembali SSMZA sebagai gelanggang utama Terengganu FC dalam saingan Liga M musim 2020.
Selain itu, kerja-kerja pembaikan tempat duduk penonton dan pemasangan rumput jenis Bermuda di padang juga telah siap sepenuhnya.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm