Berita Terkini
← Back to list
Geran tahunan bukan lagi untuk tanggung hutang!
Feb 14, 2019
Pasukan yang bertanding di Liga Malaysia diberi peringatan agar lebih bertanggungjawab uruskan kewangan.
FAM tegaskan, tiada lagi penggunaan geran tahunan untuk langsaikan tunggakan gaji pemain dan jurulatih bagi musim depan.
Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata, penggunaan geran akan kembali ke objektif asal kerana pihaknya bimbang ia akan jadi kebiasaan.
Jelas Stuart lagi, ia bukan alternatif kedua buat persatuan atau kelab lunaskan hutang kerana misi sebenar penggunaan geran adalah untuk perbelanjaan pasukan sepanjang musim.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm