Berita Terkini
← Back to list
Goh Soon Huat-Shevon Lai muncul juara badminton Terbuka Singapura.
Jul 23, 2018
Goh Soon Huat-Shevon Lai muncul juara badminton Terbuka Singapura.
Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai raih gelaran kedua mereka apabila muncul juara badminton Terbuka Singapura!
Mereka turut cipta kejutan apabila tumpaskan jaguh Olimpik dari Indonesia, Liliyana Natsir-Tontowi Ahmad dengan straight set.
Gelaran pertama mereka adalah pada Mac lalu ketika menjuarai Terbuka Jerman.
Sementara itu, Low Wee Wern muncul juara Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia apabila tumpaskan wakil Jepun pada aksi final.
Ini merupakan gelaran pertamanya setelah terpaksa berehat selama 20 bulan sebelum ini akibat kecederaan.
Setiap pasukan Liga Malaysia perlu lepaskan pemain yang wakili negara pada Sukan Asia.
Menteri Belia dan Sukan mahu FAM pastikan setiap pasukan Liga Malaysia melepaskan pemain yang dipanggil untuk mewakili negara pada Sukan Asia di Indonesia bulan depan.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata isu tersebut merupakan isu lama dan FAM seharusnya ambil pendirian tegas terhadap perkara seumpama itu.
Mesut Ozil umumkan persaraannya daripada skuad Jerman.
Bintang bola sepak Jerman, Mesut Ozil umumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan setelah terima kecaman hebat kerana bergambar dengan Perdana Menteri Turki dan persembahan buruknya pada Piala Dunia Rusia baru-baru ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm