Berita Terkini
← Back to list
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka China
Sep 23, 2024
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka China
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin cipta sensasi apabila menjuarai badminton Terbuka China!
Beregu lelaki negara itu bangkit kalahkan wakil tuan rumah dalam pertarungan 3 set pada aksi final.
Sze Fei dan Nur Izzuddin sekaligus tamatkan kemarau 35 tahun kejuaraan beregu lelaki negara dalam Terbuka China.
Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai muncul naib juara kejohanan itu selepas tewas kepada pasangan tuan rumah pada aksi final.
Insentif RM500,000 Untuk Bonnie Bunyau Gustin
Kerajaan Sarawak beri insentif bernilai RM500,000 kepada atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin ekoran kejayaan meraih emas Sukan Paralimpik Paris.
Dalam pada itu, Bonnie diberi penghormatan menyalakan obor pada majlis pembukaan rasmi temasya Para Sukma 2024 di Stadium Perpaduan, Kuching malam tadi.
EPL : Manchester City Seri 2 Sama Dengan Arsenal
Manchester City teruskan rekod tanpa kalahnya di Etihad dalam saingan EPL apabila seri 2 sama dengan Arsenal.
Erling Haaland menjaringkan gol ke-100 nya untuk City pada minit ke-9 sebelum The Gunners menjaringkan 2 gol.
Namun The Gunners terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Leandro Trossard dilayangkan kad kuning kedua pada hujung babak pertama.
John Stones muncul penyelamat apabila jaringkan gol penyamaan pada minit ke-7 waktu kecederaan.
Kali terakhir City tewas di Etihad adalah pada 2022 ketika tewas kepada Brentford 1-2.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm