Berita Terkini
← Back to list
Gol awal sentap semangat Harimau Malaya - Vingada
Nov 11, 2017
Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada akui kecewa dengan kekalahan 1-4 kepada Korea Utara pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Thailand, malam tadi.
Vingada berkata, gol pertama Korea Utara menerusi sepakan penalti menggoyahkan keyakinan pemain dan merupakan salah satu punca kekalahan.
Malaysia masih gagal meraih sebarang kemenangan sejak Vingada ambil alih tugas selaku jurulatih kebangsaan, Mei lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm