Berita Terkini
← Back to list
Grand Prix eRacing Asia Tenggara bawa peminat eSports ke litar sebenar
May 02, 2019
Foto - The Rakyat Post
Kejohanan Grand Prix eRacing Asia Tenggara yang diperkenalkan Jun ini akan membolehkan peminat sukan perlumbaan menjadi seorang pelumba kereta terkenal.
Pengasas Axle Motorsport, Alex Yoong dedahkan 40 peserta terbaik daripada kejohanan itu, akan dilatih menjadi pelumba sebenar oleh jurulatih perlumbaan professional.
Foto - Utusan Online
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong dalam pada itu yakin kejohanan ini akan melahirkan lebih ramai bakat tempatan.
Ini kerana katanya, eRacing mempunyai potensi yang besar di negara ini kerana e-Sports pada masa ini lebih memfokuskan kepada permainan seperti Dota, FIFA dan sebagainya.
Foto - Fox Sports
Selepas Malaysia, kejohanan eRacing itu akan diteruskan ke beberapa negara ASEAN iaitu, Filipina, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Thailand.
Pemenang di setiap negara akan dilatih dan ditawarkan tempat dalam Kejohanan Formula 4 Asia Tenggara (F4SEA) sebagai langkah permulaan sebelum melangkah menjadi pelumba professional.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm