Berita Terkini
← Back to list
Hadi Fayyadh Abdul Razak sah sertai Fagiano Okayama
Dec 21, 2018
Foto - Bernama
Penyerang skuad Bawah 19 Tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak sah sertai kelab Liga Jepun Divisyen 2, Fagiano Okayama untuk tempoh satu tahun.
Pemain JDT II itu yang telah menjalani sesi latihan percubaan bersama kelab itu sebanyak dua kali sebelum ini berkata, beraksi di Jepun merupakan cita-citanya sejak kecil.
Foto - Malaysia Football League
Katanya, peluang menyarung jersi Fagiano Okayama akan digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman demi meningkatkan prestasinya dan masa depan kariernya.
Menurut Hadi, Jepun merupakan antara negara bola sepak terbaik di Asia dan mempunyai program pembangunan yang tersusun.
Foto - Instagram @hadifayyadh
Justeru katanya, peluang yang diperoleh ini akan digunakan sehabis baik demi masa depan yang lebih gemilang dalam arena bolasepak.
Penyertaan itu menjadikan Hadi pemain Malaysia terbaru yang beraksi di Jepun selepas Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim Che Hashim.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm