Berita Terkini
← Back to list
Hakimi Ismail kekal status Raja lompat kijang Asia Tenggara
Dec 10, 2019
Hakimi Ismail kekal status Raja lompat kijang Asia Tenggara
Foto - Stadium Astro
Muhammad Hakimi Ismail mengekalkan status sebagai raja lompat kijang Asia Tenggara buat kali ketiga berturut-turut selepas muncul juara di Sukan SEA Filipina 2019.
Berada dalam kelas tersendiri, Hakimi melakukan lompatan sejauh 16.68 meter pada lompatan ketiga untuk mengetepikan saingan atlet tuan rumah dan dari Indonesia.
Seorang lagi wakil negara dalam acara itu, Andre Anura sekadar berpuas hati di tempat kelima dengan catatan terbaik 16 meter pada lompatan pertama.
-----
JDT hadapi dua bekas juara di ACL 2020
Foto - theafc.com
Kelab sensasi tanah air, Johor Darul Ta'zim hadapi cabaran baru dalam saingan kumpulan Liga Juara-Juara Asia bagi musim 2020 selepas diundi bersama dua bekas juara.
JDT diundi dalam Kumpulan G bersama juara 2013, Guangzhou Evergrande serta juara dua kali berturut-turut Kejuaraan Kelab Asia, Suwon Samsung Bluewings.
Turut bakal mengisi satu lagi slot dalam Kumpulan G ialah kelab dari Jepun yang akan ditentukan menerusi pemenang perlawanan akhir Piala Maharaja pada 1 Januari depan.
-----
Red Giants ikat pertahanan kelahiran England
Foto - The Star
Selangor sah mengikat pemain kelahiran England, Nicholas Swirad bagi memperkuatkan benteng pertahanan pasukan itu dalam mengharungi Liga Malaysia, musim hadapan.
Berstatus pemain darah kacukan berusia 28 tahun itu akan bergandingan dengan pertahanan import, Taylor Regan serta rakan sepasukannya di PKNS FC, Rodney Celvin Akwensivie.
Swirad memulakan kerjaya di Malaysia selepas ditawarkan untuk bermain bersama pasukan JDT II pada tahun 2016 sebelum dilamar Melaka United pada 2018 dan bersama PKNS FC musim lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm