Berita Terkini
← Back to list
Harimau Malaya diseru kawal emosi
Mar 18, 2019
Foto - Stadium Astro
Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu pemainnya supaya kekal tenang mengawal emosi sepanjang saingan Piala AIRMARINE terutamanya aksi bertemu Singapura, Rabu ini.
Katanya, pertembungan Malaysia-Singapura yang mempunyai sejarah tersendiri selain prestasi terkini pasukan Seberang Tambak itu pastinya menjanjikan satu perlawanan yang sengit.
Foto - Stadium Astro
Justeru, pengendali berusia 51 tahun itu berkata, pemain Malaysia harus sentiasa bersedia dan memastikan kawalan emosi pada tahap terbaik sepanjang 90 minit di atas padang.
Tegas Cheng Hoe, Malaysia perlu mencari kemenangan dalam usaha memperbaiki ranking dunia untuk elak beraksi di pusingan playoff pada kelayakan Piala Dunia 2022.
Foto - Stadium Astro
Beliau turut mengharapkan penyerang negara Norshahrul Idlan Talaha yang tidak berlatih bersama pasukan hari ini disebabkan demam panas kembali cergas dalam masa terdekat.
Kali terakhir, pertemuan kedua-dua pasukan adalah dalam saingan Kumpulan Piala AFF pada 2016 di mana Malaysia terikat tanpa jaringan dengan Singapura di Stadium Jalan Besar.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm