Berita Terkini
← Back to list
Harrif Saleh gegarkan lagi LTdL 2020
Feb 13, 2020
Foto - Terengganu Cycling Team
Mohd Harrif Saleh terus mencipta sejarah tersendiri apabila meraih kemenangan kedua dalam siri jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi 2020.
Selepas memenangi peringkat ke-5 di Ipoh kelmarin, pelumba Terengganu Cycling Team itu juarai perlumbaan peringkat ketujuh dari Bagan ke Alor Setar, hari ini.
Foto - Le Tour de Langkawi
Kejayaan itu juga sekaligus menjadikan Harrif pelumba Malaysia dan Asia pertama menangi tiga peringkat dalam sejarah 25 tahun penganjuran LTdL.
Harrif kini dalam landasan terbaik untuk merebut Jersi Raja Pecut apabila hanya ketinggalan lima mata di belakang pelumba NTT Pro Cycling, Maximilian Walscheid dari Jerman.
Foto - cycling-malaysia
Jersi Pendahulu Keseluruhan kekal milik pelumba Itali, Danilo Celano dari pasukan Team Sapura Cycling yang turut mengekalkan Jersi Raja Bukit menerusi seorang lagi pelumbanya, Muhamad Aiman Mohd Zariff.
Peringkat terakhir LTdL 2020 esok akan berlangsung di Pulau Langkawi dari Dataran Lang ke pekan Kuah dengan jarak 108.5 kilometer, menawarkan tiga zon pecutan dan tujuh zon pendakian.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm