Berita Terkini
← Back to list
Irfan Bakti nafi bakal terajui Kuala Lumpur
Aug 27, 2019
Irfan Bakti nafi bakal terajui Kuala Lumpur
Foto - Berita Harian
Bekas jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim belum buat keputusan, pasukan mana bakal dibimbing musim depan.
Menurut Irfan, cakap-cakap mengaitkan beliau dan KL dan Perak adalah tidak benar dan andaian atau pandangan peminat bola sepak sahaja.
Irfan meletak jawatan mengejut sebagai ketua jurulatih TFC pada 15 Mei lalu susulan prestasi tidak konsisten skuad Penyu.
-----
Aksi bertemu Jordan ukur persediaan Harimau Malaya
Foto - Utusan
Aksi persahabatan bertemu Jordan, Jumaat ini bakal mengukur persediaan skuad Harimau Malaya untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 bertemu Indonesia, bulan depan.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi berkata, ia merupakan medan terbaik untuk uji persiapan mental dan fizikal skuad kendalian Tan Cheng Hoe.
Skuad Harimau Malaya dijadual berdepan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September ini.
-----
Akmal Rizal pimpin skuad PERR Kedah
Foto - Semuanya Bola
Bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli kini memikul cabaran baru selaku jurulatih skuad Piala Emas Raja-Raja negeri Kedah.
Katanya kepada BHOnline, ini merupakan tanggungjawab besar kepadanya untuk saingan kali ini, lebih-lebih lagi Kedah selaku tuan rumah kejohanan.
Akmal yang juga bekas pemain skuad Lang Merah dianugerahkan lesen kejurulatihan kelas A, Jun lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm