Berita Terkini
← Back to list
Irfan Bakti nafi mahu kembali ke pangkuan Skuad Penyu
Jun 24, 2019
Irfan Bakti nafi mahu kembali ke pangkuan Skuad Penyu
Foto - Stadium Astro
Bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim nafi akan menduduki semula kerusi panas skuad Penyu selepas meletak jawatan secara mengejut, Mei lalu.
Irfan turut menafikan peletakan jawatannya berpunca arahan dan tekanan daripada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu atau desakan peminat yang mahunya berundur.
Justeru beliau berharap kenyataannya ini menjawab persoalan dalam kalangan peminat setia skuad itu ataupun individu dalam PBSNT.
-----
Jaringan Herold Goulon mungkin dicalon untuk Anugerah Puskas FIFA
Foto - Stadium Astro
Jaringan pemain Pahang, Herold Goulon ketika separuh akhir pertama Piala FA menentang Perak, Sabtu lalu mungkin dicalonkan untuk Anugerah Puskas FIFA.
Menurut Kosmo! Persatuan Bolasepak Malaysia akan meminta persetujuan bersama FA Pahang dan Goulon sebelum nama pemain itu dihantar kepada FIFA, esok.
Jaringan itu terhasil menerusi sepakan percuma dari jarak 50 meter yang menewaskan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.
-----
MAM badan pengelola baru sukan permotoran Malaysia
Foto - Malay Mail
Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) diiktiraf sebagai badan pengelola sukan bermotor Malaysia yang baru bagi menggantikan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) yang dibatalkan pendaftarannya tahun lalu.
Serentak itu, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) juga bersetuju MAM mengambil alih peranan sebagai badan induk sukan permotoran negara dengan serta-merta.
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia membatalkan pendaftaran AAM pada November 2018 ekoran kegagalan mematuhi pelbagai peraturan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm