Berita Terkini
← Back to list
JDT dan Kelantan mara ke suku akhir Piala Malaysia
Sep 17, 2018
JDT dan Kelantan mara ke suku akhir Piala Malaysia
Foto - Malaysian Football League
JDT dan Kelantan lengkapkan senarai lapan pasukan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia tamat saingan peringkat kumpulan, malam tadi.
Di Shah Alam, juara bertahan, JDT berjaya tundukkan MIFA 3-0 manakala juara dua kali, Kelantan tewaskan Kedah 2-0 di Kota Bharu.
Dalam aksi Kumpulan D, Selangor yang telahpun tersingkir kalahkan PKNP FC 4-1 sementara aksi Sabah lawan Pahang ditunda ke hari ini.
-----
Datuk Seri Shahidan Kassim sedia kembali menerajui PFA
Foto - Stadium ASTRO
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sedia kembali menerajui Persatuan Bolasepak Perlis yang kini menghadapi kemelut tunggakan gaji pemain.
Katanya, isu tersebut bukan satu perkara baharu namun tiada pihak yang berjumpa dan berunding dengannya untuk mencari jalan penyelesaian.
Untuk rekod, Perlis pernah muncul juara Piala Malaysia pada 2004 dan 2008 sewaktu Datuk Seri Shahidan menjadi Presiden PFA.
-----
Terengganu pertahankan pingat emas acara sepak takraw SUKMA
Foto - sukma2018
Terengganu pertahankan pingat emas acara sepak takraw regu berpasukan lelaki selepas kalahkan Pulau Pinang 2-1 di final SUKMA Perak.
Tamat hari keenam semalam, Terengganu terus ungguli senarai kutipan pingat keseluruhan dengan 18 emas.
Wilayah Persekutuan mengekori di tangga kedua dengan 14 pingat emas diikuti Pulau Pinang, 12 emas.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm