Berita Terkini
← Back to list
Jangan ganggu skuad bawah 22 negara!
Nov 27, 2019
Jangan ganggu skuad bawah 22 negara!
Foto - New Straits Times
Datuk Ong Kim Swee menyeru semua pasukan dan kelab supaya tidak mengganggu pemainnya yang sedang berjuang di Sukan SEA Filipina.
Jurulatih skuad bawah 22 negara itu meminta pihak berkaitan memberi masa kepada pemain untuk memikirkan mengenai masa depan mereka.
Kim Swee mengulas cubaan beberapa pasukan memancing pemainnya ketika ini bagi mengharungi saingan Liga Malaysia, musim depan.
-----
KFA umum perancangan 2020
Foto - Persatuan Bola Sepak Kedah
Persatuan Bola Sepak Kedah umumkan, Aidil Sharin Sahak kekal sebagai ketua jurulatih pasukan Kedah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2020.
Skuad Lang Merah turut bawa masuk enam pemain tempatan baru termasuk bekas kapten Felda United, Hadin Azman dan Irfan Zakaria dari Kuala Lumpur.
Tambah KFA, dua pemain import, Kpah Sherman dari PKNS FC dan penyerang Terengganu FC, Tchetche Kipre juga telah bersetuju untuk menyertai Kedah.
-----
Bendera Perak terbalik tidak disengajakan
Foto - Berita Harian
Hanya sehelai jersi pemain yang dicetak imej bendera negeri Perak terbalik pada satu kejohanan bola keranjang yang viral sejak semalam.
Exco Pembangunan Belia dan Sukan negeri Perak, Howard Lee Chuan How berkata, ia berpunca daripada kesilapan yang tidak disengajakan pembekal.
Sehubungan itu, pihaknya akan menghantar satu surat tunjuk sebab untuk jelaskan isu itu secara formal.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm